Konjen Malaysia Sambut Gembira Astindo Travel Fair Sumut

  • Bagikan
Berita Sore/ist Konjen Malaysia di Medan Encik Shahril Nizam bin Abdul Malek (tiga kiri), Wakil Direktur Tourism Malaysia di Medan Yustina Yusof (dua kiri) pada Astindo Travel Fair Sumut 2024 di Delipark Medan Kamis (29/2/2024).

MEDAN (Berita): Konsul Jenderal Malaysia di Medan Encik Shahril Nizam bin Abdul Malek mengucap Syabas dan tahniah kepada Astindo Travel Fair Sumatera Utara 2024 dan semua pihak yang terlibat pada kegiatan itu yang berlangsung di Delipark Medan Kamis (29/2/2024).

Encik Shahril mengatakan Astinso Travel Fair Sumut merupakan satu inisiatif yang amat baik mempertemukan pengusaha pelancongan di bawah satu atap bagi menawarkan berbagai pilihan paket pelancongan yang menarik dan terkini.

Memasuki tahun 2024, katanya, setelah industri pelancongan terhempas akibat pandemi Covid-19, kini industri pelancongan sedang dalam masa-masa bergerak dengan cepat untuk bangkit seperti semula.

“Saat semua orang tidak lagi takut untuk keluar dari rumah dan ramai di antara kita tidak sabar atau kangen untuk melancong seperti semula,” ungkapnya.

Ia menyebut hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia pun telah terjalin hampir 67 tahun lamanya. Hubungan istimewa ini melampaui batas sempadan dan terbingkai elok dalam aspek kebudayaan, bahasa, etnik, kecenderungan agama dan lain-lain lagi.

“Kerana inilah industri pelancongan mempunyai signifikan yang amat besar,” katanya.

Disebabkan kita berjiran, Malaysia merupakan destinasi wisata yang favorit di kalangan rakyat Indonesia. Berdasarkan statistik, pada tahun 2023, lebih 3 juta rakyat Indonesia telah melawat Malaysia.

Jumlah ini naik lebih dua kali lipat dari tahun 2022. Indonesia juga merupakan pasaran terbesar wisata medis di Malaysia. Pada tahun 2022, pelancong Indonesia merupakan 87 persen internasional pasien yang berobat ke Malaysia.

Konsul Jenderal Malaysia mengajak masyarakat Sumatera Utara untuk datang berkunjung ke Booth Tourism Malaysia untuk mendapatkan informasi berlibur, berehat, berbelanja, berobat hingga menikmati kuliner dan budaya khas Malaysia.

Booth Tourism Malaysia menghadirkan Maskapai penerbangan nasional Malaysia Airlines yang menawarkan diskon 30 persen manakala Firefly yang menawarkan special fare Rp850,000 return.

Selain itu turut sama ReGen Rehab Hospital Selangor yang merupakan rumah sakit rehabilitasi bagi pasien pemulihan strok, pasca operasi misalnya, operasi jantung, lutut dan lainnya. Ada juga lucky draw disediakan.

Turut serta dari Malaysia juga adalah rumah sakit dari KPJ dan Sunway Medical Centre yang memeriahkan acara kali ini.

Bagi pihak Konsulat Jenderal Malaysia di Medan bersama-sama Tourism Malaysia akan terus bersedia untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia dan travel-travel agen di Sumatera Utara untuk merancakkan trafik pelancongan Malaysia-Indonesia.

Semoga sasaran ketibaan 27.3 juga pelancong asing ke Malaysia tahun 2024 dapat dicapai dengan kerjasama ini. (wie)

Berikan Komentar
  • Bagikan

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *