CHENNAI, INDIA (Berita): Pejabat Konsulat Jenderal (Konjen) Malaysia di Chennai menggelar peringatan Hari Kebangsaan Malaysia ke 68 dan Hari Malaysia ke 62 Selasa, 16 September 2025 di Grand Ballroom, Leela Palace, Chennai.
Acara ini dihadiri lebih 250 tamu, termasuk para diplomat, pegawai negeri kerajaan, pemimpin perniagaan, wakil media, dan diaspora Malaysia.
Majlis ini juga dihadiri oleh Thiru T. Mano Thangaraj, Menteri Pembangunan Susu dan Tenusu, Kerajaan Tamil Nadu, sebagai tamu terhormat.
Dalam sambutannya, Thangaraj mengatakan persahabatan Malaysia dan India, terutama dengan Tamil Nadu sudah lama. Bahkan hubungan dua negara ini terus terjalin dengan baik hingga kini.
Encik Saravana Kumar Kumaravasagam, Konsul Jenderal Malaysia di Chennai, mengulas tentang peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 di dalam mengukuhkan komitmen negara untuk memajukan keamanan, kemakmuran, dan kesatuan serantau.
Kumar juga menonjolkan inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026) dengan menjemput pelancong India, terutamanya dari Tamil Nadu dan India Selatan, untuk mengenali warisan budaya, keindahan alam serta pelbagai tarikan pelancongan di Malaysia.
Program malam itu menampilkan lagu kebangsaan Malaysia dan India, ucapan oleh Konsul Jenderal dan Menteri Kerajaan Negeri Tamil Nadu.
Selain itu acara juga mempersembahkan video khas mengenai tarikan pelancongan di Malaysia, upacara pemotongan kue dan resepsi makan malam yang menyuguhkan masakan Malaysia. Acara ini menjadi platform yang sangat baik untuk rangkaian dan mengukuhkan hubungan dua negara l dan hubungan antara rakyat.
Sambutan tahunan ini mempunyai makna yang mendalam bagi memperingati kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 dan pembentukan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Pejabat Konsulat Jenderal Malaysia di Chennai terus komit untuk memperdalam kerjasama budaya, ekonomi dan diplomatik antara Malaysia dan India. (rel/wie)













