Breaking News
Memuat breaking news...

9 -11 Nopember 2021, PM Malaysia Berkunjung Ke Indonesia

Administrator
Administrator
Rabu, 10 November 2021 - 2.50 PM WIB
9 -11 Nopember 2021, PM Malaysia Berkunjung Ke Indonesia
Reading Comfort
adjust the font size

MEDAN (Berita) : YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, akan mengadakan lawatan rasmi yang pertama beliau ke Republik Indonesia dari 9 hingga 11 November 2021.

Siaran pers diterima dari Tourism Malaysia Medan Selasa (9/11) menyebutkan YAB Perdana Menteri akan diiringi oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan pegawai-pegawai Kerajaan dari Kementerian dan Agensi yang berkaitan.

YAB Perdana Menteri dijadwalkan  mengadakan pertemuan dengan Presiden RI Joko Widodo. Lawatan rasmi ini akan membuka lembaran baru dalam hubungan dua negara. Pertemuan keduanya akan membuka peluang kerjasama dalam upaya pemulihan pandemi Covid-19.

PM Malaysia dan Presiden RI ini juga akan membincangkan perkembangan penting dalam konteks kerjasama ASEAN seperti  keamanan, pertumbuhan dan kemakmuran rantau ini.

Dalam rangka lawatan rasmi ini, YAB Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dengan komuniti perniagaan dan pemain industri utama Indonesia, Ketua-ketua Editor Indonesia, diaspora Malaysia di Indonesia serta menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian di antara kedua-dua negara.

YAB Perdana Menteri akan turut melawat fasilitas industri pertahanan di  Bandung. Lawatan rasmi ini akan dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)  Covid-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia. (wie)

Topik
No topics for this article yet.

Discussion

Bagikan pemikiran dan pendapat Anda

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama berdiskusi.
Berita Terkait